Jumat, 23 Maret 2018

ISRA' MI'RAJ ITU BUKTI KUAT AKHIRAT ITU ADA. KE 5


Assalamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Bismillaahirrahmaanirrahiim.

................  Lanjutan dari yang ke 4  .................

Wahai saudaraku mari kitanjutkan perjalanan Isra’ Rasulullah  saw  .....

Setibanya di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah SAW turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan seluruh para nabi dan rasul untuk mengerjakan solat dua rakaat.

Selepas itu, Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Malaikat Jibril AS dua gelas yang berisi arak dan susu. Baginda memilih susu lalu diminumnya.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibril  as  : 

Baginda membuat pilhan yang betul.  Jika arak itu dipilih, niscaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Dan sepanjang perjalanan mikraj Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibril AS
dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. baginda naik ke atas tangga
pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1.  Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke langit pertama, 
lalu berjumpa dengan Nabi Adam AS. 

Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat bodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

2. Langit Kedua: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik tangga langit yang kedua,
lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa AS dan Nabi Yahya AS.

3. Langit Ketiga: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit ketiga,
lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.

4. Langit Keempat: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit keempat,
lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Idris AS.

5. Langit Kelima: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu
masuk dan bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

6. Langit Keenam: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibril AS naik langit kelima, lalu
masuk dan bertemu dengan para nabi. Seterusnya bertemu dengan Nabi Musa AS.
Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibril) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Berlanjut ke yang ke 6 …………

Semoga uraian ini bermanfaat untuk kita semua . 

Insya Allah . Aaaaamiin.

Wassalamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh .

Tidak ada komentar:

Posting Komentar