Assalamu'alaikum
warahmatullaahi wabarakaatuh.
Bismillaahirrahmaanirrahiim.
................... Lanjutan dari
yang ke 5 .................
Wahai
saudaraku mari kitanjutkan perjalanan Isra’ Rasulullah saw
7. Langit Ketujuh: Rasulullah SAW dan
Malaikat Jibrail AS naik langit kelima,
lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Ibrahim
Khalilullah AS yang sedang
bersandar di Baitul-Ma’mur di hadapan
beberapa kaumnya.
Nabi Ibrahim
AS bersabda, “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini.
Umatmu adalah
umat yang terakhir dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu.
Suruhlah
umatmu menanam tanaman syurga iaitu ‘la haula wa la quwwata illa billah’”
Mengikut
riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu
mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, yaitu:
‘subhanallah, walhahamdulillah, wa la ilah
illa allah, wallahu akbar, wa la haula
wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil azim’.
Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan
ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”.
Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib.
Rasulullah SAW dan Malaikat Jibril AS masuk ke dalam Baitul-Makmur dan mengerjakan
solat (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut
“al-Kursi” pada dahan pokok Sidratul-Muntaha.
Rasulullah
S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu:
Sungai air
yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah.
Buah,
daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi
permata-permata
yang indah.
Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia.
Baginda
Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus
masuk ke
syurga.
Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta
dengan Malik penjaganya.
9. Tangga Kesembilan: Di sini pada pucuk
pokok Sidratul-Muntaha.
Rasulullah SAW. masuk ke dalam nur dan naik ke Mustawa dan
Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang
lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, yaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah
berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah
sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab
lalu dapat
menyaksikan Allah SWT.baginda, lantas sujud dan bermunajat kepada Allah SWT.
Kemudian,
Allah SWT memfardhukan solat 50 waktu kepada Rasulullah SAW dan umat Islam.
Dikatakan
pula bahwa Muhammad telah melihat Allah yang berupa cahaya atau hanya
tertutup
dengan cahaya.
Untuk hal ini terdapat beda pendapat di kalangan ulama, apakah Nabi Muhammad
pernah melihat
Tuhannya ? Jika pernah apakah dia melihat-Nya dengan mata
kepala atau mata hati ?
Masing-masing
memiliki argumennya sendiri-sendiri. Di antara yang berpendapat bahwa dia pernah
melihat-Nya dengan mata hati antara lain al-Baihaqi, al-Hafizh Ibnu Katsir dalam
Tafsirnya, danSyaikh al-Albani dalam tahqiqnya terhadapSyarah Aqidah
ath-Thahawiyah.
Salah satu
argumentasi mereka adalah hadits yang telah dikutip di atas.
Jadi menurut
riwayat yang shahih adalah Nabi Muhammad lihat hanyalah cahaya yang
menghalangi
antara dirinya dengan Allah.
Selesai
munajat, Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim AS dan kemudian menemui Nabi Musa AS
lalu menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan,
mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu.
Selepas
sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah SWT
perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan
nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Berlanjut ke
yang ke 7 …………
Semoga uraian ini
bermanfaat untuk kita semua .
Insya Allah . Aaaaamiin.
Wassalamu'alaikum warahmatullaahi
wabarakaatuh .
Tidak ada komentar:
Posting Komentar