Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa
melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.
Dalam hadith Qudsi Allah berfirman:
“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin
mendengar rintihannya.”
(HR. Thabrani dari Abu Umamah)
Dikesat-kesat air mata ditubir, ahh~ penangan apa ni.
Bagai ditusuk pedang yang tajam, terasa parah di hati beliau.
Bukan ini yang dia mahukan.. bukan. Tidak sama sekali.
Yang ingin,Hanya.. satu frasa dipanggil ' bahagia'. Bukan 'duka' yang berwibawa.
Perdebatan sengit antara rasio dan hati semakin meruncing.
Rasionalisme kian menjalar hingga merempuh sendi-sendi kehidupannya.
Kegersangan semakin menghantui jasad dan ruhiyyahnya. !
Satu hentakan kecil bagai tepat terkena kepala berkerudungnya.
Satu bisikan halus menjelajah cuping telinga. " pertolongan selalu didahulu oleh penderitaan.
Oleh sebab itu,tabah dalam menghadapi penderitaan,nestapa dan kefakiran
adalah merupakan ukuran mahabbah ilallah..Masakan tidak,
Pertalian dan status hamba akan jelas pada masa kesulitan.
Bila datang kesulitan dari Allah azza wajalla, dan kita tetap tidak goyah sedikit pun..
ini bererti kita benar-benar menyintai-NYa.. tetapi, jika berubah lari ,akan lenyaplah segalanya. "
Sentap. Nangislah penuh taubat. Beliau mengusir air mata yang bergelodak lebat di wajahnya.
Bukan tangis kesal yang diharap, Kembali pasakkan iman dan majukan kudrat.
Bukan menanti dengan rintih dan sesal, tapi berusah menjadi soleh.
Nescaya akan menjadi orang yang fasih dan sahih.
Manusia, walau digelar nisyan..ambilllah kepahitan, lalu duduk pada pintu amal.
Sehingga ketika kamu diperintah telah berada berdekatan ZAT yang memerintah.
Janganlah kamu di atas katil dan berselimut dalam kamar, lalu mencari amal dan kerajaan.
Dekatkan hatimu kepada zikir. Ingat kepada-NYA pada hari kiamat.
Fikirkan tentang khabar.. Disitu ada bahagia.. sayang
Tidak ada komentar:
Posting Komentar