Senin, 19 Oktober 2015

GAMBARAN TENTANG JEMBATAN SIRATHAL MUSTAQIIM



As salaamu'allaikum wr wb..  
Orang Bertakwa Mendapat Pertolongan Allah Ketika Titian Sirat. Dalam sebuah hadis yang panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah radliyallahu anhu , 
Rasulullahbersabda yang bermaksud: "Dan diletakkan sebuah jambatan (titian sirat) di atas Neraka Jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya.
Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” 
Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah."  
Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri pokok Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia." 
Orang-orang yang melalui titian itu terbahagi kepada tiga golongan: Pertama - Golongan yang selamat sentosa menyeberangi lautan api Neraka.
Kedua - Golongan yang diputus-putuskan perjalanannya oleh pengait-pengait titian itu, tetapi dapat juga menyeberangi lautan api itu.
Ketiga - Golongan yang terkait kakinya lalu jatuh terus ke dalam api Neraka. Semasa melintasi Titian Sirat (Siratul Mustaqim), terdapat pelbagai jenis manusia.
Manusia pertama menjejakkan kakinya di Sirat adalah Nabi Muhammad .Baginda akan memimpin kumpulan-kumpulan umatnya menjadi 10 bahagian untuk melintasi Jambatan tersebut. *
Kumpulan Pertama – melintasi bagai cahaya kilat memancar *
Kumpulan Kedua – melintasi bagai angin yang kencang

* Kumpulan Ketiga – melintasi bagai kuda yang baik *
Kumpulan Keempat – melintasi bagai burung yang pantas *
Kumpulan Kelima – melintasi dalam keadaan berlari *
Kumpulan Keenam – melintasi dalam keadaan berjalan *
Kumpulan Ketujuh – berdiri dan duduk *
Kumpulan Kelapan – menarik muka mereka dengan rantai *
Kumpulan Kesembilan dan kesepuluh – tertinggal diatas Sirat dan tidak diizinkan untuk menyeberangi kerana dosa-dosa mereka.
Keadaan-keadaan semasa kumpulan melintasi jambatan Sirath: Kumpulan Ketujuh – Mereka berdiri dan duduk akibat kepenatan dan dosa-dosa terpikul dibelakang mereka. Nabi Muhammad berhenti diatas Sirat.
Setiap kali, Nabi Muhammadmelihat seorang dari umatnya bergelayut di atas Sirat, kemudian ia akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.
Kumpulan Kelapan – mereka menarik muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. 
Bagi yang buruk, mereka akan menyeru; “Wahai Muhammad!”, dan Nabi Muhammad akan berkata; “Tuhan! Selamatkanlah mereka! Tuhan! Selamatkanlah mereka!”
Rasulullahpernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :
1. Banyakkan bersedekah.(ketika senang atau susah)
2. Melazimkan diri hadir ke masjid (untuk solat berjemaah dan menuntut ilmu) semoga menjadi
Renungan Bersama2

Tidak ada komentar:

Posting Komentar