[KISAH NYATA] DAHSYATNYA DO'A ANAK YATIM.
Islam sangat memuliakan ANAK YATIM, sehingga Allah menyebut kata “YATIM” dalam Al-Qurán sebanyak 23 kali.
Karena itu sudah sepantasnya kita perlakukan anak yatim dengan baik,
karena hal ini akan menjadikan salah satu ukuran keimanan seorang muslim.
Salah satu kemuliaan anak yatim tsb adalah mereka memiliki @DOA_MUstajab dan
Kisah berikut salah satu bukti mustajabnya doa anak yatim....terlebih lebih di dalam bulan Ramadhan ini.
Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati.
Ibu rumahtangga sepenuhnya. Dikaruniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun.
Beliau berkerja di sebuah Perusahaan sebagai maintenance engineer di samping memegang jabatan sebagai Penyedia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya.
Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.
Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalan raya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.
Mobil yang dikendarainya bertabrakan dengan sebuah van kilang sewaktu dia coba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah sebuah belokan.
Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah Rumah Sakit selama 47 hari lagi.
Teman saya di antara orang yang awal sampai di Rumah Sakit selepas mendapat panggilan dari isterinya.
Teman saya juga di antara orang yang pertama yang dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.
Sewaktu Beliau koma Beliau telah didatangi oleh seorang Malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja yaitu pada haari Minggu, jam 1.45 petang.
Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya.
Beliau agak kebinggungan ketika itu. Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini.
Jawab Malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu.
Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di Rumah Sakit itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kursi tunggu.
Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya yaitu kawan-kawannya termasuk teman saya, ahli Masjid
yang membacakan surah Yassin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rekan sepejabat.
Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah.
Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima.
Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.
Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa Malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini.
Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.
Hanya tinggal 10 menit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu.
Dia bertanyakan Malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan,
Jawab Malaikat "Ya:. Kurang dari 1 minit, Malaikat menghampirinya dan berkata,
Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda.
Anda beruntung mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian.
Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu.
Mereka adalah Jamaah anak yatim yang baru saja menunaikan Shalat Dzuhur sebentar tadi dan berdoa untuk anda.
Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan keuangan.
Mereka mendapat kabar tentang anda yang terkena musibah. Dzuhur tadi mereka telah bershalat dan berdoa untuk anda.
Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.
Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga teman saya.
Teman saya sebenarnya tidak tahu apa yang terjadi padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menangis selepas sadar dari komanya.
Setelah beberapa saat barulah beliau bercerita apa yang telah terjadi ketika beliau koma. Apa yang disesalkan:
1. Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya karena sibuk mengejar uang dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.
2. Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan tetangga dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasihan pada saya kalaupun saya mati
3. Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas, termasuk dengan teman saya.
4. Beliau jarang pergi ke Mesjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jamaah Masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan
5. Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Hanya sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempo hari karena desakan isteri beliau.
6. Beliau jarang langsung berhadapan dengan bawahan atau staffnya ditempat kerjanya karena sikap beliau yang sombong dan angkuh dan tidak pernah memberikan salam ketika bertemu dengan staffnya dan akhirnya semua staffnya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.
7. Beliau jarang berkunjung ke rumah adik adiknya juga saudara yang lainya karena ketakutan mereka meminjam uang pada dirinya atau memutuskan silaturahmi dan akibatnya ketika mereka berdoá juga tidak ada keikhlasan dari mereka.
8. Beliau banyak sekali menyakiti hati Ibu Bapaknya karena sering membohong untuk berkunjung bersilaturahmi tapi beliau tidak pernah datang. Ini menyebabkan ibubapanya marah. dan kesemua ini hanya Allah yang tahu.
9. Beliau jarang menunaikan Shalat yang lima waktu karena kesibukan kerjanya terutama jarang menunaikan Shalat Ashar.Dimanapun mengerjakannya tapi selalu sudah masuk waktu akhir.
10. Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau berhak menzakatkan hartanya yang sangat melimpah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar