Assalamu'alaikum
warahmatullaahi wabarakaatuh.
Bismillaahirrahmaanirrahiim.
................ Lanjutan dari
yang ke 1 .............
Wahai
saudaraku sepanjang perjalanan israk Rasulullah SAW ditemani oleh
Malaikat Jibril AS .
Dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku
sepanjang perjalanan itu:
1.Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai
hasil tanaman mereka,
apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar
semula seolah-olah belum lagi dituai.
Hal ini berlaku berulang-ulang.
Rasulullah
SAW diberitahu oleh Jibril as :
Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang
digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali lipat bahkan sehingga lipatannya menjadi lebih banyak.
2. Tempat yang berbau harum.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibril: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir
rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk
bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh
oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah ,
(tak mahu
mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan
kepala mereka.
Setiap kali
dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula.
Demikian
dilakukan berkali-kali.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibril as :
Itulah orang-orang yang berat kepala
mereka untuk sujud
(sembahyang).
Berlanjut ke
yang ke 3 ...............
Semoga uraian ini
bermanfaat untuk kita semua .
Insya Allah . Aaaaamiin.
Wassalamu'alaikum
warahmatullaahi wabarakaatuh .
Tidak ada komentar:
Posting Komentar