10 CONTOH PENTING BAGAIMANA RASULULLAH MELAYANI ISTRINYA.
Assalamu’alaikum
Warahmatullaahi Wabarakaatuh.
Bismillaahirrahmaanirrahiim.
1. Kalau ada pakaian yang
koyak, Rasulullah menambalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau
juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.
2. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di
masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsingkan lengan bajunya
untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina
‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan
rumahtangga.
3. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat
berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sholat.’
4. Pernah baginda pulang pada waktu pagi.
Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi
dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan.
Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah
belum ke pasar. Maka Nabi bertanya,‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’
(Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina
‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’)
Aisyah menjawab dengan agak serba salah,‘Belum ada
apa-apa wahai Rasulullah.’ Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa
saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.
5. Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat
seorang suami sedang memukul isterinya.
Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul
isterimu?’
Lantas dijawab dengan agak gementar,‘Isteriku
sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap begitu juga, jadi aku pukul
lah dia.’ ‘Aku tidak menanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku menanyakan
mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’
6. Pernah baginda bersabda, ’sebaik-baik lelaki
adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin,
sabar dan rendah hati baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak
sedikitpun menurunkan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
7. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan
rasa kehambaan yang sudah melekat dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali
rasa kesombongan.
8. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH
langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di
depan ramai maupun dalam kesendiriannya.
9. Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk
baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,
terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya
sudah bengkak-bengkak.
10. Fisiknya sudah tidak mampu menanggung kemauan
jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, ‘Ya
Rasulullah,bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah
payah begini?’ Jawab baginda dengan lunak, ‘Ya ‘Aisyah, apakah aku tak boleh
menjadi hamba-Nya yang bersyukur.
Semoga uraian ini bermanfaat untuk kita semua.
Insya Allah .
Aaaaamiin.
Wassalamu’alaikum
warahmatullaahi wabarakaatuh
Tidak ada komentar:
Posting Komentar