Assalamu'alaikum
warahmatullaahi wabarakaatuh.
Bismillaahirrahmaanirrahiim.
..................... Lanjutan dari
yang ke 6 …………
Wahai
saudaraku mari kitanjutkan perjalanan Isra’ Rasulullah saw
Setelah selesai
Mikraj Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula dan seterusnya
turun ke
Baitul-Maqdis.
Lalu menunggang Buraq untuk pulang ke Makkah Al- Mukarramah pada malam
yang sama.
Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang
kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib
itu .
(Daripada
satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).
Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya,
peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan
setiap kali 27 Rejab menjelang tiba.
Apa yang lebih penting adalah kita
hendaklah menghayati pengajaran di dibalik peristiwa tersebut bagi meneladani
perkara yang baik dan menjauhi
perkara sebaliknya.
Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai
kejadian aneh yang
penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar senantiasa
mengingati Allah SWT dan takut akan kekuasaan-Nya.
Sekiranya
kita dapat menghayati dan mengambil pengajaran daripada peristiwa penting ini,
kemungkinan besar kita mampu mengelakkan diri kita daripada melakukan
kemungkaran yang dilarang
oleh Allah SWT dan berlumba-lumba untuk melakukan perkara-perkara kebaikan yang
diperintah oleh Allah SWT.
Peristiwa Israk Mikraj juga, untuk menguji umat
Islam bahwa adakah
percaya atau tidak akan peristiwa tersebut.
Orang kafir
quraisy Makkah di zaman Nabi Muhammad SAW langsung tidak mempercayai peristiwa
itu, malahan memperolok-olokkan baginda sesetelahnya bercerita kepada mereka dan ramai di
kalangan umat Islam ketika itu murtad kerana tidak mempercayai peristiwa Israk Mikraj
baginda SAW dalam waktu yang singkat berlakunya dan tidak masuk akal.
Tinggallah
segelintir umat Islam yang keimanan mereka tinggi dan teguh yang membenarkan serta
mempercayai peristiwa yang dialami oleh baginda SAW.
Pensyariatan
kefardhuan solat lima waktu sehari semalam merupakan pensyariatan secara langsung
daripada Allah SWT kepada Rasulullah SAW berbanding pensyariatan Islam yang
lain dengan perantaraan
Malaikat Jirail AS dan sebagainya
FIRMAN Allah yang artinya :
“Maha suci
Allah yang menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (Makkah)
ke Masjidil Aqsa (Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya untuk
memperlihatkan kepadanya tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui.”
(Surah al-Isra’ [ 17 ] ayat 1)
Berlanjut ke
yang ke 8 …………
Semoga uraian ini
bermanfaat untuk kita semua .
Insya Allah . Aaaaamiin.
Wassalamu'alaikum
warahmatullaahi wabarakaatuh .
Tidak ada komentar:
Posting Komentar